1. Apabila cukup rukun & syarat hibah, hibah tetap dikira sempurna walaupun pindahmilik tidak dibuat pd dokumen geran tanah. Ini nampak macam bercanggah dgn undang2 tanah di negara kita yg mengamalkan torren system iaitu pendaftaran adalah segala-galanya.
2. Mahkamah Syariah berbidangkuasa utk menentukan pengesahan hibah & perintah pengesahan hibah dari mahkamah syariah ini blh digunakan semasa bicara pusaka sama ada di unit pusaka kecil di pejabat tanah atau di mahkamah tinggi sivil bagi mendapatkan perintah turunmilik akibat kematian pemilik tanah.
3. Apakah syarat yg menjadikan hibah itu sempurna? Antara syarat terpenting adalah wujudnya ijab kabul, adanya elemen qabd (penerimaan harta hibah, penguasaan harta hibah) & kebebasan penerima hibah utk melakukan tasarruf (rentah, membuat transaksi, mengambil manfaat) atas harta hibah.
4. Jika semua elemen ini wujud, janganlah waris-waris berpura-pura tidak tahu ttg harta arwah yg sudah dihibahkan, lantas duk berebut harta hibah yg kononnya harta pusaka atas alasan dlm geran masih nama si mati.
5. Walau bagaimanapun, adalah jauh lbh baik bagi pemberi & penerima hibah menzahirkan pemberian & penerimaan hibah ini dlm bentuk dokumentasi bg mengelakkan perkelahian sesama waris kelak.