Solusi Pewarisan menyediakan khidmat Pengurusan Harta Pusaka selepas kematian di agensi-agensi yang terlibat seperti di Mahkamah Syariah, Mahkamah Tinggi Sivil, dan Unit Pembahagian Pusaka Kecil.
Kami membantu pelanggan bagi kes kematian sama ada berwasiat atau tidak berwasiat. Pelanggan akan diberi penerangan secara khusus tentang prosedur yang terlibat dan dokumen-dokumen yang diperlukan.
Bagi kes-kes di mahkamah, sama ada di Mahkamah Syariah dan/atau Mahkamah Sivil, kami mempunyai senarai panel peguam yang berkaliber dan berpengalaman luas yang terdiri dari peguam-peguam syarie dan peguamcara-peguamcara di mahkamah sivil.
Kami Sedia Membantu Anda
Untuk mencari solusi yang sesuai dalam pewarisan harta pusaka, kami sedia membantu anda. Sila klik butang ini untuk menghubungi kami dan berbincang lebih lanjut mengenai keperluan anda.