SOLUSI PEWARISAN

Pewarisan - Pusaka - Faraid - Hibah - Wasiat - Harta Sepencarian - Pengurusan Harta Pusaka - Pusaka Kecil - Pusaka Besar - Solusi Harta Pusaka

Tentang Kami

Pewarisan - Pusaka - Faraid - Hibah - Wasiat - Harta Sepencarian - Pengurusan Harta Pusaka - Pusaka Kecil - Pusaka Besar - Solusi Harta Pusaka

Solusi Pewarisan Sdn Bhd

Syarikat Solusi Pewarisan Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan untuk membantu orang Islam di negara ini menguruskan harta mereka semasa hidup (dengan konsultasi dan dokumentasi) dan jika berlaku kematian, membantu pengurusan harta pusaka selepas kematian.

Sidang pengarah dan penggerak syarikat Solusi Pewarisan Sdn. Bhd. terdiri daripada profesional dalam bidang perundangan Sivil dan Syariah yang mempunyai pengalaman yang mantap dalam industri perundangan dan pengurusan pusaka.

Kami boleh membantu anda merancang bukan sahaja di dalam menguruskan harta individu anda malah menguruskan aset perniagaan anda!

Sidang Pengarah dan Penggerak Solusi Pewarisan Sdn. Bhd.

Tuan Haji Ahmad Termizi in Abdullah adalah figura yang tidak asing dalam keilmuan faraid di Negara ini. Beliau yang merupakan seorang Peguambela dan Peguamcara Sivil dan pada masa yang sama, seorang Peguam Syariah telah mula meletakkan ilmu Pewarisan Islam sebagai fokus utama beliau sejak 2017 apabila beliau menyedari umat Islam Negara ini masih ketinggalan di dalam ilmu faraid dan ilmu pengurusan harta sebelum dan selepas kematian.

Tuan Haji Ahmad Termizi telah banyak menulis buku-buku mengenai ilmu pewarisan termasuklah buku kirossako, hibah, harta sepencarian dan lain-lain. Selain itu, beliau sangat aktif memberikan ceramah-ceramah pada semua peringkat masyarakat termasuklah di surau-surau, Institusi Kerajaan serta di Syarikat-syarikat korporat. Tuan Haji Ahmad Termizi juga telah banyak kali dipanggil untuk memberikan konsultasi dan menyelesaikan pengiraan faraid yang rumit, antaranya kes melibatkan 15 lapisan pusaka dalam urusan pembahagian faraid di Kampung Baru. Tidak hairanlah beliau dilantik menganggotai antara lainnya, Ahli majlis Penasihat Perbadanan Pembangunan Kampung Baru, Ahli Jawatankuasa Syarikat-syarikat amanah MyAngkasa Amanah Berhad (MAAB) dan Rakyat Trustee Berhad (RTB) dan lain-lain.

Pengarah bersama Solusi Pewarisan Sdn. Bhd. adalah Tuan Haji Wan Shaifuddin Ab Wahid yang merupakan juga seorang Peguambela dan Peguamcara yang beramal sejak tahun 2001. Beliau telah banyak terlibat di dalam menguruskan pusaka kecil dan pusaka besar dan juga terlibat menguruskan dokumentasi hibah dan wasiat. Beliau mempunyai keyakinan untuk bekerjasama dengan Tuan Haji Ahmad Termizi di dalam Syarikat Solusi Pewarisan Sdn. Bhd. yang dipercayai boleh membantu lebih ramai ahli masyarakat kita menyelesaikan masalah pewarisan mereka.

Encik Ku Amirul Faiz Ku Seman adalah seorang Peguambela dan Peguamcara yang fokus dan terlibat dalam banyak kes litigasi Sivil dan Syariah. Beliau adalah seorang Peguam sejak 2014 dan beliau adalah seorang penggerak di dalam Syarikat kami.

Visi

Menjadi syarikat rujukan utama dalam penyelesaian isu-isu pewarisan di Malaysia.

Misi

Menjadi syarikat 'amanah' yang memberikan perkhidmatan perancangan pewarisan dan pengurusan harta pusaka yang efisien kepada masyarakat.

Pewarisan - Pusaka - Faraid - Hibah - Wasiat - Harta Sepencarian - Pengurusan Harta Pusaka - Pusaka Kecil - Pusaka Besar - Solusi Harta Pusaka

Tuan Haji Ahmad Termizi bin Abdullah

Pengarah, Ketua Perunding dan Peguamcara & Peguambela

Pewarisan - Pusaka - Faraid - Hibah - Wasiat - Harta Sepencarian - Pengurusan Harta Pusaka - Pusaka Kecil - Pusaka Besar - Solusi Harta Pusaka

Tuan Haji Wan Shaifuddin Ab Wahid

Pengarah juga Peguambela & Peguamcara

Pewarisan - Pusaka - Faraid - Hibah - Wasiat - Harta Sepencarian - Pengurusan Harta Pusaka - Pusaka Kecil - Pusaka Besar - Solusi Harta Pusaka

Muhammad Aliif Bin Dzulkifli

Pengurus Pembangunan Perniagaan

Pewarisan - Pusaka - Faraid - Hibah - Wasiat - Harta Sepencarian - Pengurusan Harta Pusaka - Pusaka Kecil - Pusaka Besar - Solusi Harta Pusaka

Ku Amirul Faiz bin Ku Seman

Perunding juga Peguambela & Peguamcara

Pewarisan - Pusaka - Faraid - Hibah - Wasiat - Harta Sepencarian - Pengurusan Harta Pusaka - Pusaka Kecil - Pusaka Besar - Solusi Harta Pusaka

Syarifah Nur Shahida Binti Syed Ahmad Sabari

Pengurus Akaun

Pewarisan - Pusaka - Faraid - Hibah - Wasiat - Harta Sepencarian - Pengurusan Harta Pusaka - Pusaka Kecil - Pusaka Besar - Solusi Harta Pusaka
Tuan Haji Ahmad Termizi bin Abdullah ialah seorang peguambela dan peguamcara di firma Termizi & Co. di Kuala Lumpur dan adalah seorang Pengarah di syarikat Solusi Pewarisan Sdn Bhd. Selain bertugas sebagai Peguam Sivil, beliau juga beramal sebagai Peguam Syarie dan pada masa ini, beliau lebih fokus dalam memberi konsultasi dan membantu ramai orang di dalam menyelesaikan isu dan masalah berkaitan harta pusaka dan faraid.
 
Dari segi pengalaman, beliau pernah menganggotai Jawatankuasa Penambahbaikan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Negeri Kelantan 1993, Jawatankuasa Teknikal Undang-undang Jenayah Syariah Peringkat Persekutuan, dan Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Pembangunan Kampung Bharu (PKB). Sekarang ini, beliau adalah salah seorang Ahli Jawatankuasa Perundangan dan Syariah bagi MyAngkasa Amanah Berhad (MAAB), Ahli Jawatankuasa Pembangunan Baitulmal Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), dan Ahli Jawatankuasa Perundangan dan Syariah bagi Rakyat Trustee Berhad (RTB).
Dari segi penglibatan dalam pertubuhan bukan kerajaan, Tuan Haji Termizi merupakan setiausaha kepada Pertubuhan Pengamal Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Malaysia (ProGuam) dan merupakan mantan Presiden kepada Pertubuhan Kebajikan dan Literasi Undang-Undang Malaysia (K-Literasi).
 
Dalam pada itu juga, beliau telah menghasilkan tidak kurang dari 20 judul buku dan banyak menerima jemputan untuk berkongsi tentang hal ehwal pusaka, faraid, hibah, wasiat, dan sebagainya oleh pelbagai institusi seperti Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam), Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Kelantan, Persatuan Kebajikan Islam Hasil Dalam Negeri (PERKIS), Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Universiti Utara Malaysia, Universiti Islam Selangor (KUIS), MyAngkasa Amanah Berhad (MAAB), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)
dan lain-lain.