Solusi
PEWARISAN SDN BHD
Kami telah beroperasi sejak tahun 2021. Kami menyediakan nasihat, latihan, penyediaan dokumentasi dan bersedia membantu anda menguruskan hal-hal berkaitan pewarisan.
- Lokasi Kami
Bangi, Malaysia
- Hubungi Kami
Solusi Pewarisan Sdn Bhd
Tuan Haji Ahmad Termizi bin Abdullah
Tuan Haji Ahmad Termizi in Abdullah adalah figura yang tidak asing dalam keilmuan faraid di Negara ini. Beliau yang merupakan seorang Peguambela dan Peguamcara Sivil dan pada masa yang sama, seorang Peguam Syariah telah mula meletakkan ilmu Pewarisan Islam sebagai fokus utama beliau sejak 2017 apabila beliau menyedari umat Islam Negara ini masih ketinggalan di dalam ilmu faraid dan ilmu pengurusan harta sebelum dan selepas kematian.
Tuan Haji Ahmad Termizi telah banyak menulis buku-buku mengenai ilmu pewarisan termasuklah buku kirossako, hibah, harta sepencarian dan lain-lain. Selain itu, beliau sangat aktif memberikan ceramah-ceramah pada semua peringkat masyarakat termasuklah di surau-surau, Institusi Kerajaan serta di Syarikat-syarikat korporat. Tuan Haji Ahmad Termizi juga telah banyak kali dipanggil untuk memberikan konsultasi dan menyelesaikan pengiraan faraid yang rumit, antaranya kes melibatkan 15 lapisan pusaka dalam urusan pembahagian faraid di Kampung Baru. Tidak hairanlah beliau dilantik menganggotai antara lainnya, Ahli majlis Penasihat Perbadanan Pembangunan Kampung Baru, Ahli Jawatankuasa Syarikat-syarikat amanah MyAngkasa Amanah Berhad (MAAB) dan Rakyat Trustee Berhad (RTB) dan lain-lain.
Buku-Buku Yang Diterbitkan
Terdapat 22 buah buku yang diterbitkan oleh En Termizi
Kenapa Perlu Pilih
SOLUSI PEWARISAN SDN BHD
Inovatif dan Komprehensif
Berpengalaman
Profesional
Tepat & Terbaik
We Look At The Law Differently