Solusi Pewarisan telah membantu ramai individu, firma dan syarikat termasuk peguam dan peguam Syariah dan juga syarikat milik kerajaan mahupun swasta dalam memberikan penerangan mengenai isu-isu berbangkit dalam pengurusan harta pusaka seperti hibah, faraid, wasiat, harta sepencarian dan lain-lain. Kami terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk mengadakan bengkel atau seminar bagi mendaulatkan lagi ilmu mengenai faraid dan pewarisan di negara ini.
Solusi Pewarisan telah menjadi panel kepada Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan sering dijemput untuk memberi kursus kepada para kakitangan PNB berkaitan Tatacara Tuntutan Harta Pusaka di Malaysia. Tuan Haji Termizi juga sering dijemput untuk mengadakan kelas kepada peguam- peguam dan agensi-agensi yang berkait rapat dalam hal yang berkaitan dengan harta pusaka.
Kami Sedia Membantu Anda
Untuk mencari solusi yang sesuai dalam pewarisan harta pusaka, kami sedia membantu anda. Sila klik butang ini untuk menghubungi kami dan berbincang lebih lanjut mengenai keperluan anda.