Penyediaan Dokumentasi
Solusi Pewarisan menyediakan khidmat pendokumentasian dalam setiap instrumen perancangan harta di dalam Islam seperti hibah, wasiat, dan harta sepencarian. Kami akan meneliti kehendak pelanggan dan memastikan dokumentasi yang disediakan memenuhi kehendak pelanggan dan pastinya patuh syariah dan selari dengan undang-undang bagi memastikan dokumen yang disedikan dapat dilaksanakan.
Bagi dokumentasi hibah, kami menyediakan dokumentasi komprehensif (menyeluruh) bergantung kepada jenis harta hibah (mawhub), dan kehendak pelanggan. Maka, setiap kes pelanggan adalah unik dan dokumen disediakan mengikut kes pelanggan yang spesifik. Ia bukanlah dokumentasi secara ‘salin dan tampal’ (copy and paste) tanpa ruh. Pelanggan akan diterangkan tentang hibat mutlak, hibah bersyarat balasan, hibah ruqba, hibah ‘umra, hibah amanah hartanah, hibah hartanah dalam gadaian, hibah amanah tunai, dan sebagainya. Bagi dokumentasi wasiat, wasiat disediakan mengikut kehendak pelanggan sama ada wasiat kepada bukan waris, wasiat kepada waris, pelantikan wasi, pelantikan penjaga harta, dan nasihat-nasihat kepada waris.
Bagi harta sepencarian, dokumen yang disediakan bagi memastikan hak pasangan sentiasa dilindungi mengikut apa yang dipersetujui pihak-pihak sebelum kausa tindakan berlaku. Sekurang-kurangnya dokumentasi yang disediakan boleh dijadikan rujukan utama jika berlakunya proses suluh antara pihak-pihak dan membantu mahkamah dalam penyelesaian kes.
Anda boleh merancang pemberian hibah kepada ahli waris mengikut hasrat anda dan boleh melantik pentadbir harta pusaka anda melalui dokumentasi wasiat yang sah!
Kami Sedia Membantu Anda
Untuk mencari solusi yang sesuai dalam pewarisan harta pusaka, kami sedia membantu anda. Sila klik butang ini untuk menghubungi kami dan berbincang lebih lanjut mengenai keperluan anda.