SOLUSI PEWARISAN

9 GOLONGAN YANG PERLU BUAT HIBAH HARTA

1. Pasangan yang mempunyai anak perempuan sahaja.

Golongan yang pertama adalah pasangan yang mempunyai anak perempuan sahaja, bahagian seorang anak perempuan adalah 1/2 dan jika ada lebih dari seorang anak perempuan, 2/3 akan dikongsi sama rata. Anak perempuan bukanlah waris yang menghabiskan harta pusaka. Atas nilai kasih sayang kepada anak-anak perempuan yang ada, harta perlu dihibahkan.

2. Pasangan yang mempunyai anak angkat.

Golongan kedua adalah mereka yang mempunyai anak angkat. Anak angkat adalah bukan waris, maka tidak berhak mewarisi walaupun sesen. Apabila kematian ibu atau bapa kepada anak angkat, ianya tidak akan mewarisi harta ibu dan ayah angkatnya itu.

3. Pasangan yang tiada anak

Golongan yang ketiga adalah mereka yang berkahwin tetapi belum dikurniakan cahaya mata. Bahagian isteri, jika suami meninggal dahulu, adalah 1/4 atau 25%, baki 3/4 perlu dikongsi oleh waris asabah yang lain.

4. Pasangan yang masih mempunyai ibubapa

Masalah timbul adalah dari sudut keperluan dan pengurusan. Kebiasaannya ibu dan ayah si suami mempunyai rumah sendiri jarang mempunyai keperluan untuk hartanah, lebih berkeperluan untuk harta alih seperti wang untuk kegunaan harian, kesihatan dan ibadah. Oleh itu, perancangan penting untuk membahagikan harta kepada ibu bapa mengikut keperluan.

5. Pasangan yang mempunyai anak OKU

Golongan keenam adalah pasangan yang mempunyai anak OKU, anak OKU tiada upaya menjaga diri mereka sendiri dan bergantung hayat kepada ibubapa untuk kelangsungan hidup. Tiada bahagian extra untuk mereka mengikut faraid. Oleh itu perancangan penting kerana ibu bapa boleh memperuntukkan lebih bahagian utk anak ini dan melantik pemegang amanah harta untuk menjaga keperluan anak OKU ini lebih awal.

6. Individu yang berpoligami

Golongan ketujuh ada individu yang berpoligami. Para isteri akan berkongsi bahagian 1/8, jika 1 isteri dan punyai anak, 1/8, 2 isteri berkongsi 1/16 seorang, jika tiga 1/24 seorang dan jika 4 pula, bahagian isteri menjadi 1/32. Semua isteri mempunyai hak yang sama keatas pusaka walaupun berbeza tempoh perkahwinannya.

7. Individu yang sekian lama membujang

Golongan kelapan adalah golongan yang sekian lama membujang dan meningkat usia. Mereka selalunya mempunyai anak saudara yang mereka sayang seperti anak sendiri dan berniat untuk meninggalkan harta kepada mereka.

8. Golongan yang akan menunaikan ibadah haji atau umrah.

Orang yang menunaikan umrah dan haji keperluan untuk meninggalkan keluarga dalam keadaan yang selamat. Banyak isu-isu waris meninggal di tanah suci ahli waris bergaduh berebut harta yang banyak.

9. Ahli Perniagaan

Apabila kematian ahli perniagaan, waris faraid berhak keatas pemilikan syarikat tetapi bukan semua waris layak menahkodai perniagaan. Akhirnya syarikat yang telah lama dibina boleh lenyap sekelip mata jika tiada persiapan awal oleh pemilik. Hibah saham syarikat adalah antara solusi yang di perlukan oleh ahli perniagaan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *