1. Hibah takaful & hibah amanah kedua-duanya adalah aplikasi daripada penggunaan hibah ruqba.
2. Hibah Ruqba adalah hibah dengan syarat harta hibah dikembalikan kepada pemberi hibah jika penerima hibah lebih dahulu dari pemberi hibah.
Perkataan ‘Harta hibah akan diberikan kepada penerima hibah selepas penerima hibah meninggal’ tu kena buang.
Hibah ruqba dah bagi masa hidup, cuma return jika penerima mati dulu. Bukan bagi lepas mati. Lepas mati pemberi maka kekal milik penerima.
3. Mazhab Syafie & mazhab Hambali menolak syarat hibah sebegini. Hibah itu sah jika memenuhi syarat ijab kabul, adanya qabd di pihak penerima hibah & penerima hibah bebas bertasarruf atas harta hibah. Cuma syarat ruqba itu yg terbatal.
4. Bagi meraikan permintaan masyarakat Malaysia di akhir zaman ini, pemain industri telah memilih pandangan mazhab Maliki & mazhab Hanafi yg membenarkan hibah ruqba. Maka jalan untuk membolehkan hibah takaful & hibah amanah itu ada. Jadi, hibah takaful & hibah amanah diwarwarkan menyebabkan masyarakat yg berpegang teguh dgn mazhab Syafie kebingungan, jenis hibah apakah pula ini, tiba-tiba muncul di akhir zaman.
5. Hibah takaful adalah pemberian hibah dari pemberi hibah kepada penerima hibah selepas pemberi hibah meninggal dunia. Harta yang dihibahkan adalah hak manfaat takaful yang akan pemberi hibah terima jika pemberi hibah meninggal sebelun sijil takaful itu matang. Dengan adanya ijab hibah ini, manfaat takaful tadi terkeluar drpd takrifan harta pusaka & manfaat hibah ini diberikan kpd penerima hibah sebagaimana yg dihajatkan oleh pemberi hibah. Hibah ini diberi nafas lega apabila disahkan oleh Undang-undang dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dlm Jadual 10.
6. Hibah amanah adalah pemberian hibah dari pemberi hibah kpd penerima hibah, juga slps pemberi hibah meninggal dunia. Harta hibah adalah wang simpanan pemberi hibah. Pemberi hibah menghibahkan harta hibah semasa hidup, cuma mengamanahkan syarikat tempat dia menyimpan wang simpanan tadi sebagai pemegang amanah & hanya akan diberikan wang simpanan tersebut kpd penerima hibah slps pemberi hibah meninggal.
7. Oleh sebab ijab hibah berlaku semasa hidup, wang simpanan td blh dikeluarkan dari takrifan harta pusaka & tdk tertakluk kepada hukum faraid. Begitulah hasrat pemain industri dlm bidang ini dlm melayan karenah masyarakat yg berhasrat sebegitu.
8. Walau bagaimanapun, hibah amanah belum boleh menarik nafas lega sbb blm ada peruntukan Undang-undang yang melindungi produk ini bagi menjadikannya sah & berkuatkuasa. Hibah amanah masih tertakluk kepada pengesahan mahkamah jika ada pihak yang mencabar kesahihannya.
9. Perjelasan ringkas ini bukanlah berniat utk menakut-nakutkan org ramai dari membuat hibah amanah, tetapi sekadar penjelasan supaya org ramai memahami letak duduk perkara ini dlm isu khilaf ulama’ & letak duduknya dlm perundangan negara hari ini.
Wallahu a’lam.