SOLUSI PEWARISAN

Pewarisan - Pusaka - Faraid - Hibah - Wasiat - Harta Sepencarian - Pengurusan Harta Pusaka - Pusaka Kecil - Pusaka Besar - Solusi Harta Pusaka

Kes-Kes Faraid Yang Masyhur

Kelas faraid malam semalam, saya sambung perbincangan tentang kes-kes faraid yang masyhur. Saya sambung terus-menerus hingga kita habis bab tu.

Kita bincang kes al-kharqa’, kes al-akdariyyah, kes al-yatimatain, dan kes ummul farrukh. Ada banyak lagi kes-kes masyhur yang lain yang boleh dijadikan teka-teki, tapi saya rasakan beberapa kes tadi dan kes-kes sebelum ini iaitu al-musyarrakah, umariyyatain, al-mubahalah & al-minbariyyah sudah pun memadai bagi peringkat ini.

Pada minggu hadapan, saya pohon cuti. Saya yakin, cuti saya diluluskan. Saya ada program yang mana saya pula yang akan menuntut ilmu pada minggu hadapan.

Kelas akan bersambung pada 10/9/2022. Kita akan masuk bab kematian berlapis (al-munasakhat). Saya akan bincangkan tentang satu situasi sebagai contoh sahaja iaitu bagi kes kematian melibatkan waris yang sama tetapi pada tabaqat yang berbeza. Untuk faham dengan lebih detail mengenai situasi lain seperti waris yang sama, tabaqat yang sama, waris yang berbeza & tabaqat yang berbeza, dan contoh berlapis-lapis sehingga puluhan lapis, kena belajar lain kali la. Kena buat kelas khusus tentang kematian berlapis sahaja berjam-jam lamanya.

Terima kasih kepada yang masih istiqamah secara live walaupun sudah mengetahui yang rakaman akan dimasukkan pada YouTube channel. Kesetiaan anda adalah motivasi kepada saya.

Semoga Allah SWT merahmati anda sekalian dan merahmati kita semua.

Maaf atas kekurangan dan salah tutur kata jika ada.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *