SOLUSI PEWARISAN

ISU FEKAH HARI INI

(ADAKAH SAH MEMBUAT INSTRUMEN PENGURUSAN HARTA UNTUK MENGELAKKAN WARIS DARIPADA MENDAPAT HAK FARAID)

Terdapat beberapa perkara yang haram dilakukan, tetapi perkara tersebut tetap sah jika dilakukan.Hal ini berlaku kerana disiplin ilmu fekah hanya melihat pada aspek zahir perbuatan bagi menentukan sama ada sesuatu perbuatan itu sah atau tidak.

Ini menjadikan ilmu fekah dikelilingi oleh pelbagai helah bagi menjadikan sesuatu perbuatan itu tetap sah. Ada helah yang dianggap bijak sekiranya helah tersebut berjaya sebagai solusi penyelesaian masalah. Walau bagaimanapun, ada helah yang dianggap jelek jika helah tersebut membelakangkan nilai akhlak.

Contoh perbuatan yang sah tetapi tetap haram dilakukan ialah perbuatan menceraikan isteri yang dalam keadaan haid. Mazhab al- Shafi’i memandang perbuatan ini sebagai tidak berakhlak dan haram dilakukan kerana ini akan melambatkan tempoh iddah bagi isteri kerana al-Shafi’i menafsirkan tiga quru’ sebagai tiga kali suci.

Dalam perancangan harta, sekiranya sesuatu instrumen dibuat sebagai helah bagi mengelakkan seseorang waris yang tidak kita sukai mendapat hak faraid, instrumen tersebut tetap sah jika memenuhi rukun dan syarat.

Walaupun begitu, perbuatan ini tetap haram kerana niat untuk mengelakkan waris faraid mendapat hak adalah niat yang haram dan sangat tidak berakhlak. Saya tidaklah menuduh si fulan bin si fulan telah berdosa kerana melakukan perbuatan haram.

Kita serahkan perkara niat itu kepada Allah SWT. Kita hanya menerangkan supaya sesuatu perbuatan itu hendaklah dibuat dengan niat yang betul.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

freespin veren oyun siteleri
bet ve casino bonus
deneme bonusu veren yeni siteler
güvenilir slot siteleri
bet bonus ve casino bonus
bedava bonus veren siteler
bonus veren siteler
deneme bonusu veren bet siteleri
güvenilir slot siteleri
slot siteleri
deneme bonusu veren siteler 2026
bonus veren siteler
bonus veren casino siteleri
Test Anchor 2026
bonus veren siteler
deneme bonusu veren siteler
deneme bonusu
bonus veren siteler
deneme bonusu veren siteler