SOLUSI PEWARISAN

Pewarisan - Pusaka - Faraid - Hibah - Wasiat - Harta Sepencarian - Pengurusan Harta Pusaka - Pusaka Kecil - Pusaka Besar - Solusi Harta Pusaka

ISU FEKAH HARI INI

(KHUNSA MUSYKIL)

Baru-baru ini timbul persoalan bagaimana cara pembahagian harta pusaka kepada waris yang khunsa musykil?

Melalui pandangan Imam Malik, Abu Yusuf, dan Syiah Imamiah, khunsa musykil haruslah dikira pertengahan antara bahagian lelaki dan bahagian perempuan.

Contohnya si mati meninggalkan seorang anak lelaki, seorang anak perempuan, dan seorang khunsa musykil. Pasangan, ibu ayah sudah meninggal awal sebelum si mati. Jadi, kiraan faraid ialah;

Anak perempuan

= 2/9

Anak lelaki

= 4/9

Anak khunsa musykil

= 3/9

Jadi, jelas khunsa musykil mendapat pertengahan antara bahagian anak lelaki dan bahagian anak perempuan. Lebih dari anak perempuan tetapi kurang dari anak lelaki. Oleh itu, inilah merupakan pengiraan faraid bagi masalah yang timbul bagi anak yang khunsa musykil.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *