(ADAKAH “TIMESHARE” DIKIRA SEBAGAI HARTA PUSAKA?)
Wikipedia mentakrifkan ‘timeshare’ sebagaimana berikut:
A timeshare (sometimes called vacation ownership) is a property with a divided form of ownership or use rights. These properties are typically resort condominium units, in which multiple parties hold rights to use the property, and each owner of the same accommodation is allotted their period of time. The minimum purchase is a one-week ownership, and the high-season weeks demand the higher prices. Units may be sold as a partial ownership, lease, or “right to use”, in which case the latter holds no claim to ownership of the property. The ownership of timeshare programs is varied, and has been changing over the decades.
Ringkasnya, pemilik ‘timeshare’ mempunyai hak untuk mendiami hartanah tertentu dalam masa tertentu bergantung kepada ‘timeshare’ yang dibeli.
Contohnya, saudara Ahmad membeli ‘timeshare’ ABC Vacation Club. Ahmad berhak untuk menginap di mana-mana hartanah yang disenaraikan dalam senarai ABC Vacation Club secara percuma selama 14 hari setahun sehingga tahun 2032.
Sekiranya Ahmad meninggal pada tahun 2018, tempoh ‘timeshare’ masih berbaki 14 tahun. Jadi, adakah hak ‘timeshare’ itu menjadi harta pusaka?
Tuan Haji Termizi berpendapat bahawa ia adalah harta pusaka. Hak tersebut sudah pun diperolehi oleh si mati semasa si mati masih hidup lagi. Hak itu tidak luput selagi belum tamat tempohnya walaupun si mati telah meninggal sebelum tamat tempoh. Jadi, ia boleh diwarisk