SOLUSI PEWARISAN

Pewarisan - Pusaka - Faraid - Hibah - Wasiat - Harta Sepencarian - Pengurusan Harta Pusaka - Pusaka Kecil - Pusaka Besar - Solusi Harta Pusaka

HIBAH TAKAFUL SEBAGAI PENYELAMAT

Perancangan harta merupakan sesuatu yang amat digalakkan dalam Islam. Ia bagi memastikan waris atau keluarga yang ditinggalkan tidak akan menghadapi masalah terutamanya berkaitan kewangan. Selain itu, hibah juga bertujuan untuk mengelakkan pertelingkahan semasa urusan pembahagian harta pusaka dilakukan. Oleh sebab itu, hibah merupakan salah satu instrumen yang digalakkan bagi membolehkan anda melakukan perancangan kewangan dan harta dengan baik.

Hibah takaful atau hibah bersyarat digunakan oleh syarikat takaful untuk kaedah pembayaran tuntutan wang pampasan takaful apabila pemilik takaful meninggal dunia. Melalui takaful hibah ini, pembahagian wang pampasan takaful akan diberikan kepada penerima hibah yang dinamakan di dalam polisi hibah setelah kematian pemilik takaful. Ahli keluarga atau waris yang lain tidak boleh mempertikaikan harta yang dihadiahkan kepada penerima hibah tersebut.

Pembahagian wang pampasan hibah takaful di Malaysia tidak tertakluk kepada pembahagian harta pusaka dan hukum Faraid. Hibah boleh diberikan kepada sesiapa sahaja yang diinginkan sama ada waris atau bukan waris, dan penerima hibah merupakan penerima mutlak bagi wang pampasan tersebut.

Kematian ahli keluarga yang merupakan tonggak utama keluarga merupakan suatu kehilangan yang boleh memberi kesan mendalam kepada ahli keluarga. Kehilangan sebegini secara tidak langsung menyebabkan waris hilang sumber pendapatan dan nafkah serta perbelanjaan bulanan untuk isteri, anak-anak atau ibu bapa menyara kehidupan akan terhenti. Di sinilah kepentingan hibah takaful, waris yang ditinggalkan tidak perlu mencari kerja tambahan untuk menyara keluarga atau mengikat perut demi kelangsungan hidup.

Oleh kerana itulah, hibah takaful ini dilihat sebagai suatu instrumen kewangan penyelamat kepada waris-waris setelah kematian tonggak utama keluarga.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *