SOLUSI PEWARISAN

HENDAK BUAT HIBAH, TAPI TAKUT!

Kebanyakan golongan berharta hari ini memang ada berniat untuk menghibahkan atau menghadiahkan harta kepada orang- orang yang mereka kasihi. Walau bagaimanapun, mereka ini takut untuk terus menyerahkan hakmilik kepada orang-orang tersebut.

Mereka bimbang kalau-kalau harta tersebut akan disalahgunakan atau mereka akan dipinggirkan sekiranya harta tersebut telah dipindah milik keseluruhannya. Ini membuatkan mereka meletakkan syarat yang hibah tersebut cuma akan terlaksana selepas kematian mereka.

Atas dasar inilah, produk hibah yang meletakkan syarat pindahmilik cuma akan berlaku selepas kematian si pemberi hibah, semakin mendapat sambutan. Hibah bersyarat ini, mengikut mazhab Shafi’i, hibah adalah sah, tetapi syarat adalah terbatal.

Oleh sebab masyarakat hari ini sudah sebegini, maka kita boleh mengikut mazhab Maliki yang membolehkan hibah bersyarat. Kita tidak ada statut untuk sahkan sama ada hibah bersyarat ini sah atau tidak. Asalkan ada pendapat ulama’ yang kata boleh dan sah, maka kita buat sahajalah.

Saya tidak kata yang hibah bersyarat ini tidak boleh dibuat. Buatlah, asalkan pihak-pihak faham kedudukannya dari segi hukum, dan status perundangannya di negara kita. Buatlah dengan ikhlas, bukan niat hibah untuk berhelah.

Bagi mereka yang mempromosi (hibah bersyarat) pula, niatlah sebagai mencelikkan masyarakat tentang instrumen perancangan harta bagi maslahah keluarga pelanggan, bukannya berkempen asal ada pendapatan dan komisyen tanpa mempedulikan pemahaman sebenar masyarakat tentang instrumen perancangan harta.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *